09.21.08

Tahapan Dan Proses Ukhuwwah Islamiyyah

Ditulis dalam Muamalah dan Adab Mukmin pada 3:51 pm oleh Kartino

Akh Abu Zahra dalam tulisannya “Potensi Islam”, secara
sederhana, telah menyoroti dua hal – aqidah dan ukhuwah yang kuat -
sebagai prasyarat datangnya pertolongan dan kemenangan hakiki
yang dijanjikan Allah Rabbul ‘alamiin. Jazakallahu khair Abu
Zahra, tulisan akhi benar-benar dapat memperluas wawasan saya.
Saya ingin mengulas lebih jauh mengenai elemen kedua, yaitu
ukhuwah, yang telah dibahas karakteristik dan prekondisinya dalam
tulisan “Potensi Islam” tersebut. Saya sependapat dengan akh Abu
Zahra bahawa ukhuwah Islamiyah muncul mengikuti potensi aqidah dan merupakan ni’mat yang Allah berikan dan atas kehendak Allah. Kita hanya dapat berupaya untuk selalu mempersatukan hati-hati kita,
namun Allah jugalah yang dapat memadukannya (Al-Anfal:63).

Berkenaan dengan upaya peningkatan ukhuwah Islamiyah ini,
saya ingin berkongsi satu uraian yang saya rangkum dari tulisan Dr.
AbduLlah Nasikh ‘Ulwan dalam bukunya “Ukhuwah Islamiyah”. Tulisan
yang dilandasi dengan pengalaman beliau di lapangan da’wah,
merinci tahapan-tahapan (marahil) yang pernah ditempuh oleh
RasuluLlah dan para sahabat, dan selayaknya merupakan dasar
pautan kita dalam membina ukhuwah Islamiyah, di manapun
kita berada.

Program penguatan ikatan ukhuwah Islamiyyah memerlukan
proses yang tidak singkat, bertahap dan berkesinambungan. Seti-
daknya ada empat tahap yang mesti dilalui sebelum terwujudnya
ukhuwah Islamiyyah yang benar-benar kuat dan utuh.

1. Tahap Saling Kenal (Ta’aruf).
Dalam tahap ini, seorang muslim tidak hanya mengenal begitu
saja saudaranya; akan tetapi lebih jauh mencuba mengenali penam-
pilan, sifat-sifat (shaksiyah) dan pemikiran saudaranya. pengena-
lan dalam tahap ini mencakupi aspek jasadiy (fizikal), fikriy
(pemikiran) dan nafsiy (kejiwaan).

2. Tahap Saling Memahami (Tafahum).
Ini merupakan tahap yang penting, kerana mencakupi berbagai
proses penyatuan. Seperti juga dalam fasa pertama, ruang lingkup
proses tafahum ini lebih kurang sama. Perbezaannya terletak pada
intensiti pengenalan. Pada tahap ini, setiap muslim dituntut untuk memahami kebiasaan, kesukaan, karakter, ciri khas individu
dan juga cara berfikir saudaranya. Dengan demikian perasaan-
perasaan seperti “tidak enak”, “tidak cocok” dan lain sebagainya
dapat dihakiskan dalam rangka saling menasihati. Dalam tahapan
ini terdapat tiga buah proses perpaduan, yang meliputi:

2.1. Perpaduan hati (Ta’liful Qulb).
Penyatuan hati merupakan asas awal yang mesti ada dalam
proses pembentukan ukhuwah, sebab hati (qalbu) merupakan sumber
gerak dan sikap seseorang dalam menilai, memilih, memilah, men-
cinta dan membenci orang lain. Bila hati telah terpaut dan jiwa
telah terpadu, barulah persaudaraan seseorang dengan yang lainnya
mempu berjalan lancar, bersih dan penuh rasa kasih. Hati manusia
hanya boleh disatukan secara murni dan bersih apabila bermuara
pada satu simpul ikatan yang fitrah. Simpul tali itu adalah aqidah (seperti yang telah dibahas Abu Zahra). Inilah satu-satu-
nya dasar berpijak, bertemu dan pengikat yang utuh dan abadi (Ali
Imran:103).

2.2. Perpaduan Pemikiran (Ta’liful Afkar).
Dalam proses ini, orang-orang yang sudah sehati sepatutnya
berhimpun bersama untuk mempelajari suatu sumber yang sama
sehingga menghasilkan suatu fikrah (cara berfikir) yang serupa.
Dan yang jauh lebih penting adalah bila terjadi perbezaan cara
pandang, maka dengan starting point cara berfikir yang sama akan
dapat diselesaikan dengan segera, sehingga dapat meningkatkan
keberkesanan kerja.

Ikatan ukhuwah Islamiyyah adalah ikatan yang aktif dan dinamik
dalam menegakkan kalimat ALlah. Untuk itu diperlukan tidak hanya
sekadar hati yang ikhlas tetapi juga gagasan, pemikiran, konsep
dan idealisme yang cemerlang. Meskipun sekelompok individu telah
saling mengikatkan diri, sehati dan sejiwa; namun kerana terdapat
perbezaan orientasi dan wawasan pemikiran, maka strategi dan
taktik pun menjadi tidak teratur. Akhirnya kerja berakhir pada
kegagalan dan kekalahan. Oleh kerana itulah tahap “penyatuan
pemikiran” ini mutlak adanya.

2.3. Perpaduan Kerja (Ta’liful ‘Amal)
Individu-individu yang telah berhimpun di atas persamaan
tujuan dan pemikiran ini, tidak boleh hanya berdiam diri saja
atau bekerja sendiri-sendiri (single fighter). Adalah merupakan
sunatuLlah bahwa segala yang diam di tempat, cenderung menjadi
penyakit. Air yang bertakung boleh menjadi sumber penyakit, demi-
kian pula dengan kumpulan individu yang bersemangat tinggi dan
memiliki setumpuk gagasan cemerlang, akan menjadi “penyakit” bila
tidak ada langkah kerjanya. Oleh kerana itu sangat perlu adanya
kerja nyata dalam berbagai bidang dan keahlian. Agar kerja itu
efektif, maka harus terakit dalam suatu kerja yang terarah.

3. Tahap Saling Tolong (Ta’awun).
Dalam proses penyatuan kerja, mutlak diperlukan adanya
tolong-menolong yang merupakan kelanjutan dari tahap tafahum
(saling memahami) pada point 2 di atas. Saling kenal saja, tanpa
dilanjutkan dengan saling memahami, tidak akan mampu membentuk
hubungan antara individu yang mampu tolong menolong, saling isi-
mengisi dengan kekurang dan kelebihan yang terdapat pada tiap
individu.

4. Rasa Senasib, jamin menjamin (Takaful).
Tahap ini merupakan muara dari proses ukhuwah Islamiyyah,
yaitu terletak pada timbulnya rasa senasib dan sepenanggungan,
suka mahupun duka, dalam tiap langkah kerja. Bila fasa takaful ini
wujud, maka ikatan ukhuwah Islamiyyah pun terbentuk dengan
utuh.

Ikhwan/akhwat fiLlah, dari rangkuman ini dapat kita lihat
bahawa upaya penyatuan peribadi-peribadi muslim dalam suatu kerja
Islami adalah merupakan perbuatan yang sia-sia, bila tidak diawa-
li dengan tahapan dan proses yang telah disebutkan di atas.

Tinggalkan sebuah Komentar